Sunday, April 25, 2010

Pagi yang gelap, kini sudah terang..


Semua dah settle. Untuk pagi je la. Cuci pakaian, kemas rumah, anak2 dah ke sekolah dan tadika. Dah fresh semua, aku pun buka my SOHO.
First thing yang menerjah di kotak fikiranku pagi ini, nak mulakan kerja-kerja penulisan aku yang terbengkalai sekian lama. Rasanya kali terakhir aku menulis semasa berada di dalam pantang melahirkan Nurul Ain. Hmm..2005, lama betul. Right after artikel tentang pembabitan aku dalam penulisan skrip teater 'MAKA DIJADIKANNYA' disiarkan di dalam STAR ketika itu. Dalam rencana tersebut, aku ada menyatakan keazaman aku untuk menghabiskan penulisan novel aku yang pertama. Akhirnya azam menjadi anganan sahaja, lantaran kesibukan di pejabat meragut keinginan aku lalu tinggal harapan sahaja. Sehinggalah ke hari ini...
Telah genap sebulan aku tinggalkan alam pekerjaan atas kerelaan sendiri. Memikirkan anak-anak yang semakin membesar dan perlukan perhatian yang lebih dari aku, aku tumpukan kepada rumahtangga dan perniagaan kecil-kecilan yang sedang meningkat naik.
Namun begitu, keazaman untuk melahirkan novel sulung, tidak pernah lekang dari isian minda ini. Aku membuka lembaran demi lembaran, buku nota yang pernah menjadi teman setia di suatu ketika, yang penuh dengan corat-coret dan draft novel aku itu. Semangat aku bangkit kembali. 'By hook or by crook', tahun ini aku mesti lahirkan sebuah novel yang cukup bagus untuk santapan minda para pembaca budiman.
Sampai di sini dulu, aku mahu teruskan menulis...dan menulis..

No comments:

Post a Comment