Wednesday, February 9, 2011

LAMANYA BERTAPA..


Serasanya lama betul aku bertapa. Bukannya apa, semenjak menguruskan bisnes pakaian bayi dan kanak-kanak aku tu, so masa yang diperuntukkan tidak begitu banyak untuk kegiatan menulis. Namun begitu, keinginan sentiasa membara dan banyak idea-idea yang tergantung begitu sahaja.

Telah tujuh bulan kini. Dan berbaki lagi dua bulan aku bakal menimang cahaya mata ke 5. Jadinya aktiviti mempromosi bisnes melalui roadshow terpaksa dikurangkan. Tak larat beb! Buat online saja. InsyaAllah rezeki tidak kemana-mana. Yang penting usaha berterusan.

Kepada semua blogger yang mengikuti diarikaksu, aku akan tampilkan lebih banyak artikel-artikel yang menarik untuk tatapan kalian. InsyaAllah.