Saturday, May 1, 2010

EUREKA!!!


Hari yang penuh ceria..aku benar-benar teruja dapat menemui penulis buku yang ku impikan selama ini. Di Pesta Buku Pulau Pinang yang diadakan di Dewan Millenium, Norhayati Berahim duduk santai di boothnya, dan aku mendekati dengan novel terbaru beliau, Layang-layang Bertali Kaca. Minta di tandatangani, aku menyuarakan hasrat hati..hehe rahsia ya kak Yati. InsyaAllah di suatu hari, semoga ianya menjadi kenyataan.


Nasihat yang diberi kusemat di hati, terubat sudah kerinduan untuk bertemu empat mata dengan penulis yang ku minati selama ini. Ok, sambung melayari novel terbaru keluaran NB KARA ini..anda juga patut memilikinya.

KEAZAMAN YANG TAK PERNAH LUNTUR


Sesekali mendongak ke langit, aku tidak pernah lupa rumput di bumi. Biar setinggi mana pun darjat dan pangkat, mahupun impian, kita tetap berpijak di bumi nyata.


Aku masih mengimpikan sesuatu yang telah lama aku cari dan aku ingini. Walaupun aku tidak berpeluang tempoh hari, di suatu hari nanti aku akan pastikan ianya menjadi kenyataan. Pengakuanku untuk menghadiri kursus penulisan skrip drama, dipandang sinis dan bersahaja. Namun aku menganggapnya sebagai sindiran yang mengundang cabaran buatku agar bersungguh-sungguh mengejarnya.
Aku akan terus mengejarnya. Tadi telah selesai aku menyiapkan artikel ke-4 untuk blog En Fazli. Hmm..jika ingin membaca coretan aku itu, bolehlah lawati www.cerita-cerita.net



Sunday, April 25, 2010

Pagi yang gelap, kini sudah terang..


Semua dah settle. Untuk pagi je la. Cuci pakaian, kemas rumah, anak2 dah ke sekolah dan tadika. Dah fresh semua, aku pun buka my SOHO.
First thing yang menerjah di kotak fikiranku pagi ini, nak mulakan kerja-kerja penulisan aku yang terbengkalai sekian lama. Rasanya kali terakhir aku menulis semasa berada di dalam pantang melahirkan Nurul Ain. Hmm..2005, lama betul. Right after artikel tentang pembabitan aku dalam penulisan skrip teater 'MAKA DIJADIKANNYA' disiarkan di dalam STAR ketika itu. Dalam rencana tersebut, aku ada menyatakan keazaman aku untuk menghabiskan penulisan novel aku yang pertama. Akhirnya azam menjadi anganan sahaja, lantaran kesibukan di pejabat meragut keinginan aku lalu tinggal harapan sahaja. Sehinggalah ke hari ini...
Telah genap sebulan aku tinggalkan alam pekerjaan atas kerelaan sendiri. Memikirkan anak-anak yang semakin membesar dan perlukan perhatian yang lebih dari aku, aku tumpukan kepada rumahtangga dan perniagaan kecil-kecilan yang sedang meningkat naik.
Namun begitu, keazaman untuk melahirkan novel sulung, tidak pernah lekang dari isian minda ini. Aku membuka lembaran demi lembaran, buku nota yang pernah menjadi teman setia di suatu ketika, yang penuh dengan corat-coret dan draft novel aku itu. Semangat aku bangkit kembali. 'By hook or by crook', tahun ini aku mesti lahirkan sebuah novel yang cukup bagus untuk santapan minda para pembaca budiman.
Sampai di sini dulu, aku mahu teruskan menulis...dan menulis..