Wednesday, September 7, 2011

Dialog customer oh customer..Part 1

Sedang melayan customer semasa PenBex 2011

Ramadhan dah pun berlalu. Dalam bulan syawal ni, aku terkenang semula pelbagai karenah customer di bulan puasa. Semasa bulan puasa, aku dan peniaga-peniaga lain dalam Kompleks Dato Kailan ni, buka canopy kat foyer kompleks. Ini pengalaman pertama aku berniaga di bulan puasa dari pagi smp la bawak ke malam.
Apa yang ingin aku kongsikan di sini adalah, karenah-karenah pelanggan yang pelbagai. Menarik dan mencabar..aku akan kongsikan satu persatu dan jemput beri komen anda..hehe..

Dialog customer part 1

Kadang-kadang customer pandang kita sebagai peniaga ni macam selekeh sangat. Maybe dia tgk, kita pakai pun simple, tak mcm baju office (official attire). So perception dorang ni pada peniaga, seolah-olah kita tak educated, pendek kata, dorang pandang rendah la. Sedangkan adik-adik yg buat part time kat kedai peniaga2 lain tu, semuanya graduates dan masih study di IPTA. Bukan sebarangan ya. Para customer..don't judge the book by its cover ya, dan jangan pandang orang sebelah mata sahaja.

Aku : Tengok-tengok la cik, alas meja ni ada diskaun lagi.

Isteri : Brapa ni kak?

Aku : Yg ni, akak duk jual rm78, boleh la bg adik rm70.

Isteri : Kurang la lagi kak.

Aku : Dh kurang rm8 dik.
Suami : Ala boleh kurang lagi ni, ni kat beijing murah ja nii...RM50 dah la.

(Aku terdiam kejap, uii banyaknya minta kurang, jauh lari tu, untung aku bukannya banyak sangat, tapi nak minta kurang pun agak-agak la)

Aku : Alahai banyak sangat tu dik, mcm ni la dik, akak bg rm60 ya. dh rm18 kurang tu dik.

Si suami mula buat muka, tangan disilang di perut sambil mengangkat muka ke arah lain. Si isteri mcm dh setuju hg tu, dia nak rembat ja.

Suami : Ala boleh kurang lagi niii..apa mahal sangat ni.

(Aku dalam hati, kalau dh rasa mahal , taknak beli, blah je la, pegi je la beli tempat lain yg murah, dari survey aku, takde peniaga lain yang boleh bagi semurah ni.)

Aku ; Ala dik, dh kurang banyak dik.

Suami : Dh untung banyak dah tu, kurang la lagi.

(Kenapa la customer ni taknak berganjak..Si suami mula pandang aku mcm aku ni minta sedekah pulak, aku selalu ingat-customer raja, always right, but sometimes, betul2 menduga)

Aku : Sorry sir, i bet u, u wont get this kind of price anywhere, i give u rm55. U may survey other places, mine is the cheapest!

(Entah kenapa, akibat terlalu marah, terkeluar la loghat mat saleh ku, maklum lama tak g London..hak hak)

Si suami pandang aku terkebil-kebil, napa? Ingat dia sorang boleh speaking? Jgn ingat peniaga ni takde perasaan dan lekeh sangat ye.

Tanpa banyak cakap, si suami membayar , ambil barang dan berlalu..malu keee??? hehe..

Kadang-kadang , customer yang eksyen dan perasan hebat sgt ni, kena ajar camtu jee...pakai dasat, semua branded, tapi bila time tawar-menawar, sampai rapattt...Agak-agak la, kesian kat peniaga sama. Tu nasib baik aku bagi gak harga yang berpatutan, ingat kesian kat bini dia ja..hmmm




Wednesday, July 20, 2011

Baru Balik dari bertapa...

Muhammad Ikhwan dh pun 3 mth, aku sibuk..sibukk dan sibukk. Kedai  baru nk buka, dan aku dah plan roadshow bulan ni. Hmm tak habis-habis dgn sibuk. Semalam Sarah pulak demam, tak pegi taska, so aku terpaksa melayan kerenah dia.

Ape plan aku today? Aku nak habiskan ambil gambar baju-baju baby ni dan postkan dlm blog anggunkidsworld. Then sambung proposal..proposal ape? Hehe..itu rahsia dulu, coz ni projek besar.

Kedai, hope by today or tomorrow, TNB datang pasang meter. Banner dah siap, signboard dh tempah, membership card dh design. Tinggal nk buat flyers je. Hope ramai le customer nanti. Kepada bloggers, jemput datang ke kedai aku on 26th July 2011, kat 3-21, kompleks dato kailan, kepala batas, penang.

Hmm..nanti sambung yee...nk ke dapur..

Wednesday, February 9, 2011

LAMANYA BERTAPA..


Serasanya lama betul aku bertapa. Bukannya apa, semenjak menguruskan bisnes pakaian bayi dan kanak-kanak aku tu, so masa yang diperuntukkan tidak begitu banyak untuk kegiatan menulis. Namun begitu, keinginan sentiasa membara dan banyak idea-idea yang tergantung begitu sahaja.

Telah tujuh bulan kini. Dan berbaki lagi dua bulan aku bakal menimang cahaya mata ke 5. Jadinya aktiviti mempromosi bisnes melalui roadshow terpaksa dikurangkan. Tak larat beb! Buat online saja. InsyaAllah rezeki tidak kemana-mana. Yang penting usaha berterusan.

Kepada semua blogger yang mengikuti diarikaksu, aku akan tampilkan lebih banyak artikel-artikel yang menarik untuk tatapan kalian. InsyaAllah.